Khamis, 26 april 2012, 7.42 pm
Hari ini masuk minggu ke-4 aku menjalani housemanship
training…still try my very best to adapt with the working
environment..Bukan sesuatu yg
mudah…rohani dan jasmani perlu kuat…minda kene selalu positif..hati kene selalu
ikhlas membantu orang kerana Allah…Agar setiap pertolongan dan bantuan yg
diberikan kepada insan-insan yg memerlukan menjadi saham kita di akhirat kelak,
insyaAllah…Jangan mudah putus asa bila dimarahi kerana ini peluang utk kita
perbaiki kelemahan diri..Pernah and byk kali juga rase down bila kena marah...lagi teruk kalau kene marah walaupun bukan salah sendiri...and
even pernah terfikir nk tukar department la, tuka hospital la, quit la. And mcm2
lg, tapi bila difikirkan kembali mungkin ini salah satu kelemahan yg perlu
diperbaik dan ada hikmahnya mengapa kita terpilih utk berada di dunia perubatan..i feel very lucky because suami tersayang byk bg nasihat, byk bg
semangat..Mungkin kerana kami dalam bidang yg sama dan dia memang seorang yg
amat memahami alhamdulillah..Menghadapi kerenah manusia yg pelbagai,
sememangnya menuntut kesabaran yg tinggi.Ada yg tertib tutur katanya, ada yg sopan bicaranya, tidak kurang ada yg kurang ajar percakapannya…Kebanyakkan pegawai atasan baik-baik belaka..namun pegawai2 yg
dibawahnya tidak semua tetapi ada yg
ego, sombong, memilih bulu dan sebagainya....
Senyuman terukir di bibir bukan lah tanda hati sentiasa
gembira setiap saat setiap waktu. Namun, semoga senyuman yg terukir sedikit
sebanyak mampu mengurang kan
kerisauan di hati pesakit-pesakit…
Perjalanan
ku masih jauh…4 minggu hanyalah satu permulaan, pasti lebih byk onak dan duri
menanti di hari-hari seterusnya..Semoga hati ini terus ikhlas dan bersemangat
setiap hari… Memilih Dunia perubatan, terlalu byk pengorbanan yg perlu
dilakukan. Hospital bagai rumah pertama, pesakit-pesakit menjadi keutamaan……masa tidur,masa lapang,
masa makan, comes second.….
Masih segar
dalam ingatan ketika menjadi medical
student..Kenangan paling indah, paling manis…kegembiraan dan kesedihan dikongsi
bersama sahabat2 tersayang…kenangan terindah yg tak mungkin dilupakan sampai
bila2…buat selamanya..
Nasihat
ikhlas buat adik-adik yg masih bergelar medical student , mental dan fizikal
kene fit sebelum melangkah ke alam kerja, sb ramai yg terkandas di pertengahan
jalan andai tiada kekuatan rohani dan jasmani…Banyak kan berdoa pada Allah..Kewajipan kita
sebagai umat islam, solat dan Al-Quran jangan sekali-kali kita abaikan walau
sesibuk mana sekalipun….kerana Apa yg kita cari dalam hidup yg fana ini adalah
keberkatan dan keredhaan Allah, untuk kita bertemuNYA di akhirat sana ……wallahualam….moga
bertemu lagi utk lembaran seterusnya, InsyaAllah….