Wednesday, May 9, 2012

Secebis perkongsian...my housemanship training


Khamis, 26 april 2012, 7.42 pm

Hari ini masuk minggu ke-4 aku menjalani housemanship training…still try my very best to adapt with the working environment..Bukan  sesuatu yg mudah…rohani dan jasmani perlu kuat…minda kene selalu positif..hati kene selalu ikhlas membantu orang kerana Allah…Agar setiap pertolongan dan bantuan yg diberikan kepada insan-insan yg memerlukan menjadi saham kita di akhirat kelak, insyaAllah…Jangan mudah putus asa bila dimarahi kerana ini peluang utk kita perbaiki kelemahan diri..Pernah and byk kali juga rase down bila kena marah...lagi teruk kalau kene marah walaupun bukan salah sendiri...and even pernah terfikir nk tukar department la, tuka hospital la, quit la. And mcm2 lg, tapi bila difikirkan kembali mungkin ini salah satu kelemahan yg perlu diperbaik dan ada hikmahnya mengapa kita terpilih utk berada di dunia perubatan..i feel very lucky because suami tersayang byk bg nasihat, byk bg semangat..Mungkin kerana kami dalam bidang yg sama dan dia memang seorang yg amat memahami alhamdulillah..Menghadapi kerenah manusia yg pelbagai, sememangnya menuntut kesabaran yg tinggi.Ada yg tertib tutur katanya, ada yg sopan bicaranya, tidak kurang ada yg kurang ajar percakapannya…Kebanyakkan pegawai atasan  baik-baik belaka..namun pegawai2 yg dibawahnya  tidak semua tetapi ada yg ego, sombong, memilih bulu dan sebagainya....
Senyuman terukir di bibir bukan lah tanda hati sentiasa gembira setiap saat setiap waktu. Namun, semoga senyuman yg terukir sedikit sebanyak mampu mengurang kan kerisauan di hati pesakit-pesakit…

            Perjalanan ku masih jauh…4 minggu hanyalah satu permulaan, pasti lebih byk onak dan duri menanti di hari-hari seterusnya..Semoga hati ini terus ikhlas dan bersemangat setiap hari… Memilih Dunia perubatan, terlalu byk pengorbanan yg perlu dilakukan. Hospital bagai rumah pertama, pesakit-pesakit  menjadi keutamaan……masa tidur,masa lapang, masa makan, comes second.….

            Masih segar dalam  ingatan ketika menjadi medical student..Kenangan paling indah, paling manis…kegembiraan dan kesedihan dikongsi bersama sahabat2 tersayang…kenangan terindah yg tak mungkin dilupakan sampai bila2…buat selamanya..

            Nasihat ikhlas buat adik-adik yg masih bergelar medical student , mental dan fizikal kene fit sebelum melangkah ke alam kerja, sb ramai yg terkandas di pertengahan jalan andai tiada kekuatan rohani dan jasmani…Banyak kan berdoa pada Allah..Kewajipan kita sebagai umat islam, solat dan Al-Quran jangan sekali-kali kita abaikan walau sesibuk mana sekalipun….kerana Apa yg kita cari dalam hidup yg fana ini adalah keberkatan dan keredhaan Allah, untuk kita bertemuNYA di akhirat sana……wallahualam….moga bertemu lagi utk lembaran seterusnya, InsyaAllah….

No comments:

Post a Comment

GLAD THAT WE MADE IT TO MANCHESTER (^.^)

Our UK trip will incomplete if we didnt come to Manchester.  The main purpose of us coming to the UK was to visit my twin sister who is ...